Tips Memilih Hari Pindah

Memilih hari pindah

Pindah rumah tidaklah mudah seperti yang disangka. Ramai beranggapan bahawa pindah rumah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bagi memudahkan urusan anda di masa hadapan, kami sediakan tips dibawah!

#1.Teres / Banglo

Rumah teres / landed

Boleh dilakukan pada bila-bila mengikut keperluan semasa anda. Pagi, tenghari, petang atau pun malam. Adalah lebih elok dapat diselesaikan sebelum jam8 malam agar tidak menganggu jiran baru anda. :)

Waktu dicadangkan :
Isnin hingga Ahad - 9pagi hingga 10malam

#2. Condominium / Apartment

Rumah apartment yang mempunyai JMB

Mempunyai had masa seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan masing-masing. Kebanyakkan hampir sama iaitu :

Isnin hingga Jumaat - 9pagi hingga 5petang
Sabtu - 9pagi hingga 1petang
Ahad / Cuti umum - Tidak dibenarkan

Sebelum anda pindah masuk atau keluar, sila dapatkan surat / permit daripada pihak pengurusan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum. Mungkin nampak remeh tapi sebenarnya membantu pihak pengurusan menjadualkan / melancarkan proses pemindahan. Mungkin pada hari tersebut terdapat lebih dari 5 lori pindah pada hari yang sama dan hanya satu lif sahaja boleh digunakan. Tak ke naya!

#3. Flat ber-lif

Rumah flat melebihi 5 tingkat

Disarankan pindah pada hari bekerja dalam waktu bekerja kerana penggunaan lif yang kurang. Parking lori pun mudah kerana banyak kekosongan. Jika anda pernah tinggal di flat pasti tahu bagaimana menolak kenderaan untuk mendapatkan ruang parking

Waktu dicadangkan :
Isnin hingga Jumaat - 9pagi hingga 5petang

#4. Flat tidak mempunyai lif

Rumah flat tanpa lif

Boleh dilakukan pada bila-bila mengikut keperluan semasa anda. Pagi, tenghari, petang atau pun malam asalkan lori mempunyai tempat untuk memudahkan loading / unloading.

Waktu dicadangkan :
Isnin hingga Ahad - 9pagi hingga 10malam

#5. Pejabat

Salah satu bangunan pejabat di Kuala Lumpur

Sama halnya seperti rumah Condominium / Apartment mempunyai had masa seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Perlu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak pengurusan.

Waktu dibenarkan :
Isnin hingga Jumaat - 9pagi hingga 5petang
Sabtu - 9pagi hingga 1petang
Ahad / Cuti umum - Tidak dibenarkan

Anda bayar pada harga yang kami nyatakan. Tiada caj tersembunyi.

 

Joomlashine provides hi-quality Joomla templates and Joomla extensions Hi-quality responsive Joomla! templates Free Joomla extension | Make Joomla! easy to use The easiest-to-use Joomla! form extension you ever used Popular Joomla gallery extension | Displays your images lively