TIPS MEMILIH SAIZ LORI
dari hadapan : Lori 2 tan bonded 12kaki panjang, Lori 1 tan bonded 10kaki panjang dan 2xLori 5 tan canvas 17kaki panjang
Kebanyakkan pelanggan bukanlah arif dalam memilih jenis lori untuk disewa kecuali mereka yang mempunyai pengalaman pindah rumah. Untuk pengetahuan anda terdapat dua jenis badan lori iaitu bonded dan canvas. Bonded berbentuk seperti lori kotak dan canvas seperti kain khemah.
Terdapat empat saiz lori (mengikut panjang) di pasaran untuk kerja-kerja pemindahan iaitu :
Lori 1 tan
10 kaki panjang
Lori 2 tan
12 kaki panjang
Lori 3 tan
14 kaki panjang
Lori 5 tan
17 kaki panjang
#1. Almari melebihi 6kaki tinggi
Almari sliding bersaiz 8kaki x 8kaki
Almari bersaiz 8kaki x 8kaki yang telah dibuka dan disusun di dalam lori
Kebanyakkan rumah kini mempunyai set bilik tidur yang mempunyai almari sliding seperti diatas. Terdapat 8kaki tinggi, 7kaki tinggi dan 6kaki tinggi. Perlu diingat jika ada almari seperti ini, almari perlulah dibuka sebelum dipindahkan.
Jika anda mempunyai almari seperti ini bermakna tidak muat untuk anda pindah rumah menggunakan lori 1tan / 2tan jenis bonded / canvas sekali trip kerana memakan ruang apabila disusun di dalam lori melainkan hanya set ini sahaja dipindahkan. Contoh seperti diatas.
Jika anda berpindah di kawasan berdekatan, kami menyarankan sewa lori 1tan / 2tan jenis bonded / canvas serentak kerana kos yang lebih rendah berbanding dengan 3tan / 5tan tetapi jika berpindah jauh, kami sarankan lori 3tan / 5tan jenis bonded / canvas sekali trip
Bagaimana dengan almari IKEA? Almari IKEA perlu dibuka menjadikan sekeping-sekeping sebelum dipindahkan. Muat di dalam lori 1tan kerana tidak banyak ruang digunakan.
Contoh sofa yang boleh dikatakan besar
Sofa besar di dalam lori 1tan bonded.
Saiz sofa berbeza-beza mengikut buatan. Trend kini lebih kepada sofa kulit yang empuk dan besar.
Set sofa seperti ini memang muat di dalam lori 1tan / 2tan jenis bonded / canvas tapi tidak praktikal untuk pindah rumah kerana hanya tinggal separuh sahaja ruang untuk barangan lain. Lihat seperti gambar diatas.
Terdapat juga sofa dari kayu jati. Sofa jenis ini tidak boleh ditindan di dalam lori kerana berat
Jika ada sofa seperti diatas, lori yang sesuai untuk pindah rumah adalah lori 3tan / 5tan jenis bonded / canvas.
Tilam King di dalam lori 1tan bonded. Lihat bagaimana ruang dibazirkan.
Tilam Queen di dalam lori 1tan bonded. Muat-muat.
Saiz tilam King berukuran 6kaki tinggi x 6kaki panjang. Lori yang sesuai adalah lori canvas 1tan dan 2tan sahaja. Lori 1tan / 2tan bonded tidak muat kerana badan lori berukuran 5kaki setengah tinggi sahaja.
Memandangkan ZDLoriSewa tiada lori 1tan canvas, kami akan berikan sebut harga lori 2tan.
Tidak perlu menghantar gambar satu persatu hanya ambil mengikut sudut yang membolehkan semua peralatan / perabot di dalam satu gambar. contoh gambar 1sudut seperti dibawah :
Perlu diingat bahawa senarai barangan tidak membantu kami dalam menentukan saiz lori kerana saiz perabot yang berbeza-beza.
#2. Set sofa 3 + 2 + 1
#3. Tilam King
Bagaimana kami boleh bantu?
Bagi memudahkan urusan pelanggan dalam menentukan saiz lori kami sedia menawarkan khidmat nasihat secara percuma. Kami menyarankan pelanggan menghantar gambar melalui aplikasi WhatsApp mengikut ruang seperti ruang tamu, bilik tidur, dapur, balkoni.
Ruang Tamu
Bilik Tidur
Dapur
BalkoniJika anda sedang melayari web ini menggunakan telefon pintar, klik link ini untuk berhubung melalui
WhatsApp tanpa perlu menyimpan nombor terlebih dahulu.
www.wasap.my/60173069707